Johannes Gensfleisch zur Laden zum Gutenberg lahir di kota Mainz sekitar 1398, Jerman, tercatat sebagai seorang penemu mesin cetak pertama kali,
putra bungsu dari pedagang kelas atas Friele Gensfleisch zur Laden,
dari istri keduanya Else Wyrich. Menurut beberapa laporan Friele adalah
seorang tukang emas untuk uskup di Mainz, namun kemungkinan besar ia
juga melakukan perdagangan kain sebagai sumber penghasilannya. Tahun
kelahiran Gutenberg tidak diketahui persis namun kemungkinan besar
sekitar 1398.
Ia menerima latihan awal sebagai seorang tukang emas. Pada tahun 1411,
terjadi pemberontakan di Mainz, sehingga dia harus pindah ke Strasbourg
dan tinggal di sana selama 20 tahun. Di Strasbourg, beliau menyarai
hidupnya dengan membuat barangan logam. Gutenberg menghasilkan hiasan
kecil bercermin untuk dijual kepada pelawat ugama Kristian. Dia
kemudiannya pulang ke Mainz dan bekerja sebagai seorang tukang emas.
Idea Gutenberg yang terpenting tercetus ketika dia bekerja sebagai
tukang emas di Mainz. Dia mendapat buah fikiran untuk menghasilkan surat
pengampunan dengan membentuk cop huruf untuk mencetak surat pengampunan
dengan banyak agar dia boleh mendapat banyak wang untuk membayar
hutang-hutangnya ketika dia bekerja sebagai tukang logam dahulu. Pada
masa itu buku dan surat ditulis dengan tulisan skrip gotik dengan tangan
dan mengandungi banyak kesalahan ketika penyalinan serta lambat.
Oleh itu, Gutenbert mula membuat acuan huruf logam dengan menggunakan
timah hitam untuk membentuk huruf skrip gotik. Pada permulaannya
Gutenberg terpaksa menghasilkan hampir 300 bentuk huruf untuk meniru
bentuk tulisan tangan yang bersambung-sambung. Setelah itu Gutenberg
mereka mesin cetak yang bergerak untuk mencetak. Mesin cetak bergerak
inilah sumbangan terbesar Gutenberg. Setelah menyempurnakan mesin cetak
bergeraknya, Gutenberg mula mencetak beribu-ribu surat pengampunan yang
disalah gunakan oleh Gereja Katolik untuk mendapatkan uang.
Penyalah-gunaan ini merupakan punca timbulnya bantahan daripada
sesetengah pihak seperti Martin Luther.
Pada tahun 1452, Gutenberg mendapatkan pinjaman wang daripada Johann
Fust untuk memulakan projek pencetakan biblenya yang terkenal.
Bagaimanapun Gutenberg telah dipecat daripada menguruskan pencetakan
Bibal itu sebelum ianya disiapkan sepenuhnya disebabkan Gutenberg
dituduh mencetak surat pengampunan, kalender dan buku bacaan ringan
sebagai aktiviti sampingan. Bagaimanapun Bible yang terhasil masih
dikenali sebagai Bible Gutenberg yang mengandungi 42 baris setiap muka
disiapkan pada 15 August 1456 dan dianggap sebagai buku bercetak tertua
di dunia barat. Dua ratus jilid salinan Bible Gutenberg telah cetak,
sebahagian kecilnya (lebih kurang 50) dicetak di atas kulit lembu muda
(velum). Bible Gutenberg yang cantik dan mahal itu dijual pada harga
setimpal dengan tiga tahun gaji seorang kerani biasa. Ia dijual di
Pameran Buku Franfurt pada tahun 1456. Secara kasar hampir 1/4 Bible
Gutenberg masih wujud sekarang.
Selain menjadi peneroka bidang percetakan, Gutenberg juga mencipta bahan
sampingan percetakan seperti dakwat dan cop huruf. Dakwat yang
digunakan merupakan campuran minyak, tembaga, dan timah hitam masih
kekal warnanya. Ianya adalah berlainan daripada dakwat tulisan biasa
kerana dakwat percetakan adalah lebih pekat dan likat. Gutenberg juga
telah menyempurnakan campuran logam untuk membentuk cop huruf dengan
gabungan timah hitam, antimoni dan timah yang masih kekal digunakan
sehingga abad ke 20.
Gutenberg juga dipercayai mula bekerja untuk menyiapkan Ensiklopedia
Catholicon of Johannes de Janua, setebal 748 muka dengan 2 ruangan
setiap muka dan 66 baris setiap satu ruangan. Pada akhir hayatnya dia
diterima sebagai pengiring (courtier) kepada uskup besar Mainz. Pada
tahun 1468 Gutenberg meninggal dan ditanam di gereja Franciscan, Mainz.
Sumber :
- http://id.wikipedia.org/wiki/Johannes_Gutenberg
0 komentar:
Posting Komentar