7 Amalan Yang Digalakkan Dalam Bulan
Ramadhan
Assalamualaikum
warohmatullah kepada semua membaca. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi baca
blog kecil saya ini.
Baiklah,
pada artikel ini saya ingin memberi serba sedikit tips untuk amalan di bulan Ramadhan
ini.
Bulan
Ramadhan adalah bulan yang mulia di mana kita digalakkan untuk memperbanyakkan
amalan kebaikan kita. Berbanding bulan biasa, masa kita lebih banyak terluang
di bulan Ramadhan. Jadi, apa yang boleh kita lakukan dengan waktu terluang ini?
1. Membaca 1 juzuk al-Quran(minima) Sehari
Untuk menghabis 1 juzuk
al-Quran sebanyak 20 muka surat, memerlukan maksimum 1 jam luangan masa,
bergantung kepada kefasihan anda membaca al-Quran.
Kita
solat fardhu sebanyak 5 kali sehari. Maka, setiap kali lepas solat saya
sarankan anda membaca 4 muka surat al-Quran.
Pada
hari pertama puasa setelah subuh, mulakan baca 4 muka surat. Begitu juga
seterusnya pada solat yang berikutnya. Maka menghasilkan sebanyak 20 muka surat
setelah Isyak.
Pada
hari pertama anda telah menghabiskan 1 juzuk.
Info : 1 hari 1 juzuk, 30 hari 30
juzuk. Khatam!
Frequently Asked Question(FAQ):
Q : Saya lepas solat, selalunya ada
kerja. Bagaimana ya untuk meluangkan masa?
A : Kita biasa bekerja pada siang
hari. Maka saya sarankan setelah subuh, baca 4 muka surat. Selepas zuhur, baca
2 sahaja, begitu juga setelah asar. Sekarang tinggal 12 muka surat. Anda boleh
membahagikan 6 setelah Maghrib dan baki 6
setelah Isyak. Jika terlampau sibuk sekalipun, cuba ‘Qadha’ kan bacaan
al-Quran. Bermaksud, anda luangkan masa Isyak anda membaca selebihnya muka
surat al-Quran.
Pada hari pertama, memang kita akan rasa
tidak bersemangat. Setelah tamat baca, tandakan dengan tali yang biasa keluar
daripada al-Quran itu(Tali penanda). Kemudian, anda lihat al-Quran anda daripada
bawahnya(di mana tali penanda itu terkeluar). Anda pasti kagum, hari pertama
anda sudah baca 20 muka surat!
“Wah, alhamdulillah! Hari ini sudah
sebanyak ini aku baca!”
Maka lafazlah syukur kepada Allah
s.w.t.
2. Memperbanyakkan Sedekah
Pada
bulan Ramadhan, saya menggalakkan anda bersedekah. Tujuan kita berpuasa adalah untuk sama-sama merasa kesusahan orang
miskin yang tidak makan sepanjang hari.
Maka
berilah sedekah kepada orang miskin. Seperti mana anda tidak sabar untuk
berbuka puasa, begitu jugalah sahabat-sahabat kita yang tidak bernasib baik.
Berilah mereka kegembiraan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Berkata Ulama’:
Sedekah itu tidak memiskinkan kamu, tetapi membuka pintu rezeki kamu lebih luas. Maka bersedekahlah.
Sedekah itu tidak memiskinkan kamu, tetapi membuka pintu rezeki kamu lebih luas. Maka bersedekahlah.
3. Menuntut Ilmu
Kepada sahabat-sahabat
yang terluang masa, saya sarankan anda turun menuntut ilmu. Pergilah berjumpa
guru-guru yang bertauliah, belajarlah al-Quran dan sebagainya. Jika terdapat
majlis ilmu, maka sertailah.
Sesiapa
yang memberi alasan tidak dapat menuntut ilmu, itu bukan bermakna anda terhalang oleh urusan
anda, tetapi Allah s.w.t TIDAK MAHU anda dalam majlis ilmu, naudzubillah!
Di
dalam bulan Ramadhan, pasti ada banyak majlis ilmu. Menonton televisyen
berunsurkan ilmu juga bermanfaat.
Berpesan Imam
Syafie:
Jika kamu tidak
merasa keperitan menuntut ilmu, maka rasalah keperitan dalam kebodohan.
4. Berdzikir
Sementara banyak masa yang
terluang, maka gunakanlah sebaiknya untuk berdzikir. Dzikir tidak semestinya
melafazkan kalimah-kalimah dzikir. Maksud dzikir adalah mengingati Allah
s.w.t., maka jika menuntut ilmu mengingatkan anda kepada Allah, tuntutlah ilmu.
Jika solat mengingatkan anda kepada Allah, solatlah. Jika melafazkan tasbih dan
tahmid mengingatkan anda kepada Allah, lakukanlah.
5. Solat Tarawih
Solat sunat tarawih adalah
Sunat Muakkad yang bermaksud amalan yang dituntut untuk dilaksanakan dan besar pahalanya, di
bawah taraf wajib.
Maka
kutiplah sebanyak mana pahala yang mungkin, kita tidak pasti Ramadhan hadapan
kita dapat sambut ataupun tidak.
6. Qiyammullail
Qiyamullail turut
digalakkan. Qiyamullail bermaksud bangun di malam hari untuk melaksanakan solat
sunat tahajjud dan ibadat-ibadat sunat. Ini termasuk sunnah baginda Muhammad
s.a.w.
Antara
amalan pada Qiyamullail adalah solat sunat tahajjud, solat sunat hajat,
menghafal al-Quran dan berdzikir serta refleksi diri.
7. Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
pada zaman ini tidak semestinya perlu keluar berdakwah. Kita sudah mempunyai
laman facebook dan twitter. Gunakan sebaiknya.
Anda
boleh sahaja memberikan nasihat dan perkongsian ilmu yang sahih. Elakkan
mengeluarkan ilmu ciptaan atau ilmu yang tidak ada asal usul.
Perkongsian
al-Quran dan hadis adalah amat ketat syaratnya. Anda perlu tahu sanadnya, dan
juga perlu tahu perawinya. Paling baik adalah anda mempunyai kitab al-Quran dan
hadis yang benar. Ataupun anda bertanyalah kepada ulama’ ilmu yang ilmunya
diakui oleh ulama’-ulama’ lain. Mintalah nasihat daripada ulama’, pasti mereka
akan memberikan nasihat yang bermanfaat.
0 komentar:
Posting Komentar